[ad_1]

TOKYO: Taman tema Yomiuriland di Tokyo dibuka semula pada Selasa selepas operasinya dihentikan awal tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, pengunjung disarankan agar tidak menjerit ketika menaiki roller coaster selain menjaga penjarakan sosial.

Perniagaan di seluruh Tokyo dibuka semula secara berperingkat selepas Gabenornya, Yuriko Koike melonggarkan sekatan sebulan sebelumnya di sebalik penarikan balik perintah berkurung.

Taman tema itu hanya membuka semula segmen permainan di luar selepas langkah pencegahan awal dilaksanakan termasuk pemeriksaan suhu badan, penyediaan pembasmi kuman tangan dan menyahkuman tempat duduk.

Yomiuriland ditutup sementara pada akhir Februari dan dibuka buat sementara waktu pada Mac, namun ia menghentikan operasinya semula dari akhir bulan Mac.

Bagi permainan di kawasan tertutup dan kemudahan taman tema air pula, ia dijangka beropasi pada pertengahan Julai.

BACA: Tokyo memasuki fasa kedua kelonggaran perintah berkurung

BACA: COVID-19: Tokyo catat 47 kes baharu, tertinggi sejak 5 Mei



[ad_2]
Source link