Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rakyat Malaysia dan makanan tidak boleh dipisahkan. Sudah semestinya dalam sehari, 4 hidangan akan dijamah dan ini termasuklah minum petang. Antara menu minum petang menjadi kegemaran ramai ialah bubur kacang.

Tetapi ada yang mengatakan leceh untuk memasak juadah tersebut kerana mengambil masa yang lama untuk kacang hijau lembut. Ada juga mengambil masa berjam-jam untuk rendam kacang hijau agar empuk bila dimasak bersama santan. Pelbagai tips boleh digunakan agar kacang hijau lembut dengan cepat. Namun, cara tersebut memerlukan periuk yang berteknologi tinggi seperti periuk Pressure Cooker. 

Oleh itu, terdapat tips yang lebih mudah dan murah boleh digunakan untuk memudahkan kerja dalam melembutkan kacang hijau. Tips yang dikongsikan oleh Seri Ramlan di dalam posting group Facebook “Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official” hanya mengambil tempoh masa 20 minit sahaja. Mudah dan cepat!

Suka makan bubur kacang? Ni saya bagi tips lembutkan kacang dengan cepat.

Tak payah rendam berjam-jam, tak payah rebus lama-lama, comfirm cepat masak dan jimat gas,boleh buat bila pagi-pagi teragak nak buat bubur kacang. Tips ni tak perlu untuk yang ada periuk pressure cooker ye.

Basuh bersih-bersih kacang hijau, pastu bungkus dalam plastik dan letak air, macam nak buat ais batu. Lepastu frozen kan, bila-bila nak masak tak payah nyah beku, masuk dalam periuk dan tambahkan air, terus rebus.

Tak sampai 20 minit kacang dah kembang, senang dan jimat masa. Selamat mencuba.

Facebook: Seri Ramlan

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut berkongsi beberapa tips lain yang boleh diguna pakai. Ada di antaranya memberi petua untuk menggoreng kacang hijau terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa bubur yang lebih sedap.

Sama macam nak buat bubur nasi untuk baby

Sangai atau goreng tanpa minyak, lagi sedap dan elak kembung perut

Namun, ada yang berpendapat teknik ‘mengeraskan’ kacang hijau di dalam peti sejuk dan boleh terus direbus ini tidak digalakkan kerana perlu direndam untuk membuang bahan toksik di dalamnya.

Pokok pangkalnya, terpulang kepada cara masing-masing.

Sumber: Seri Ramlan


Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.