[ad_1]

PENYANYI dan pelakon Elly Mazlein, 39, selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Mohamad Azlan, 29, sekitar jam 1.10 petang tadi.

Majlis pertunangan yang berlangsung dengan meriah di Putra World Trade Center (PWTC) ini dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga dan tetamu terdekat.

Elly yang manis mengenakan persalinan rona hijau pastel itu menerima sebentuk cincin selain lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Cincin pertunangan itu disarungkan oleh ibu Azlan, Zaitun Abdullah.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana majlis ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

“Saya berasa terharu melihat wajah-wajah kesayangan yang hadir pada hari berbahagia ini.

“Doakan agar segala urusan perkahwinan saya dipermudahkan… Insya-Allah,”katanya.

Majlis turut diserikan dengan persembahan penyanyi Siti Sarah dan Indah Ruhaila.

Tidak ketinggalan pelakon Zulin Aziz juga turut menjadi pengerusi majlis berkenaan.

Terdahulu, Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi sebelum ini memdedahkan dirinya berkenalan dengan jejaka Kelantan dan merancang untuk mendirikan rumah tangga tahun hadapan.

Bagaimanapun, Elly yang menggelarkan tunangnya sebagai papa awan nano masih belum mendedahkan wajahnya.



[ad_2]
Source link