[ad_1]

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengajak pekerja Food Panda, untuk berdialog bersama beliau berkenaan nasib yang kini dihadapi mereka.

Ia susulan beberapa video dan foto tular pada Isnin, yang menunjukkan pekerja syarikat penghantar makanan itu mogok kerana kadar baharu bayaran untuk pekerja diperkenalkan.

“Saya bersimpati dengan nasib pekerja-pekerja Food Panda yang kini sedang menuntut pembelaan.

“Majoriti mereka ialah anak muda yang bekerja siang dan malam.

“Sistem ekonomi yang diperkenalkan Food Panda ada baiknya tetapi perlu ada semak imbang yang menyeluruh agar dapat mempertahankan nasib golongan pekerja,” katanya menerusi sebuah video yang dikeluarkan melalui akaun Twitternya.

Katanya lagi, beliau akan turut membangkitkan isu ini dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu.

 

Video dan gambar tentang langkah mogok beramai-ramai itu mula tular di susur masa media sosial sejak 27 September lalu.

Hari ini (Isnin) dikatakan hari kemuncaknya hingga membuatkan orang ramai turut ingin tahu tentang perkembangan tuntutan pekerja syarikat tersebut, hingga ada yang secara terbuka menzahirkan sokongan dan simpati kepada mereka:



[ad_2]
Source link