[ad_1]

PARIS: L’Oreal, syarikat kosmetik terbesar di dunia, akan membuang semua perkataan yang merujuk kepada ‘memutih’, ‘cerah’ dan ‘bersinar’ dari kempen produk pemakaian malam, kata jurucakapnya pada Jumaat.

Ia berlaku sehari selepas syarikat Unilever membuat pengumuman sama selepas menerima kritikan di media sosial.

Unilever dan L’Oreal adalah antara syarikat terbesar dalam pasaran global bagi krim pemutih kulit, yang memiliki ramai pengguna setia di Asia, Afrika dan Caribbean.

Unilever menjadi sasaran utama kritikan menerusi jenama Fair & Lovely, ketika banyak demonstrasi diadakan di seluruh dunia sejak beberapa minggu lalu, susulan kematian George Floyd, seorang lelaki kulit hitam ketika ditahan polis di Amerika Syarikat, pada Mei.

Syarikat Johnson & Johnson pula mengambil langkah lebih drastik apabila bertindak menghentikan penjualan krim pemutih kulit di Asia dan Asia Barat, di bawah jenama Neutrogena dan Clean & Clear.



[ad_2]
Source link