[ad_1]

SUNGAI PETANI: Suspek kes bunuh seorang lelaki dan memasukkan mayat ke dalam tong air biru sebelum disimen, direman tujuh hari.

Tempoh tahanan reman ke atas suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Alor Setar, Rashidah Azmi bermula hari ini sehingga 15 Mac depan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, setakat ini punca kematian mangsa dipercayai akibat kesan hirisan pada leher.

Beliau berkata, suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu, jelas Mohd Rozi, siasatan awal mendapati suspek dipercayai sayangkan baju berkolar yang diberi teman wanitanya yang dipakai si mati yang juga abang tirinya ketika hari kejadian.

Si mati juga dikatakan selalu memakai baju itu yang menjadi antara penyebab berlaku pertengkaran antara mereka.

Difahamkan selepas kejadian, suspek dikatakan menanggalkan baju yang dipakai si mati dan mencucinya sebelum menggantung di dalam rumah berkenaan kerana terlalu ‘sayangkan’ baju itu yang dianggap istimewa baginya.

Baju itu antara barangan yang dirampas untuk membantu siasatan.

Semalam lelaki terbabit ditahan polis berikutan penemuan tong air biru yang disimen dipercayai mengandungi mayat abang tirinya di tepi rumah mereka di Kampung Padang Hassan, dekat Kepala Batas, Alor Setar.

Tong biru itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

BACA: Bunuh, simen abang: ‘Dia kuat agama, tak sangka jadi pembunuh’ – Adik suspek

BACA: Bunuh, simen abang kerana pakai baju pemberian teman wanita

Kejadian itu dipercayai berlaku Jumaat lalu apabila berlaku pertengkaran antara dua beradik itu menyebabkan si mati mengambil sebilah pisau pemotong daging manakala suspek pula menggunakan penyapu untuk mempertahankan dirinya.

Bagaimanapun, si mati dipercayai rebah dan meninggal dunia akibat terkena libasan senjata tajam itu dilehernya sebelum suspek memasukkan mayat abangnya ke dalam tong dan menyimen sebelum mayat itu itu ditemui jam 7 pagi semalam.



[ad_2]
Source link