[ad_1]

KOTA BHARU: Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan jam 8.11 pagi ini.

Almarhum ialah ayahanda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Berita kemangkatan Almarhum disahkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob secara langsung di Astro AWANI sebentar tadi.

Menurut Ahmad, jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk istiadat penghormatan kali terakhir.

Istiadat pemakaman dijangka dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu Kelantan.

Susulan kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra, kerajaan negeri mengumumkan Ahad, 29 Sept dan Isnin, 30 Sept sebagai cuti peristiwa di Kelantan.

Almarhum baginda sebelum ini pernah menerima rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana mengalami strok pada 14 Mei 2009.

Kerajaan Negeri Kelantan melantik 10 pakar perubatan sebagai panel bagi memeriksa tahap kesihatan baginda.

Pada 25 Mei 2009, Sultan Muhammad V, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan ekoran Sultan Ismail Petra tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22a (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan bahagian kedua.



[ad_2]
Source link