[ad_1]

PEMAIN dart Fallon Sherrock mencatat sejarah apabila muncul wanita pertama kalahkan lawannya, pemain lelaki dalam sukan dart profesional.

Sherrock, 25 tahun, berasal dari Milton Keynes adalah antara lima wanita yang pernah bertanding dalam sejarah Kejohanan Dart Dunia Professional Darts Corporation (PDC) yang diadakan di Alexandra Palace, London pada Selasa.

Lawannya, Ted Evetts 22, tumbang 3-2 dalam perlawanan pusingan awal yang diadakan di Alexandra Palace, London.

Evetts bukan calang-calang lawan – pemain profesional yang berada di tangga 77 ranking pemain dart dalam senarai PDC.

Sherrock layak bertanding dalam acara terbuka ini mengambil satu dari dua tempat yang dikhaskan untuk pemain wanita.

Seorang lagi pemain wanita – Miruku Suzuki dari Jepun juga bemain dalam pertandingan yang sama disertai 96 orang pemain dart profesional.

Tidak seperti Sherrock, Suzuki kalah di tangan pemian England James Richardson 3-2.

Sebelum ini, Gayl King dari Kanada merupakan pemain dart profesional wanita pertama mengambil bahagian dalam kejohanan ini pada tahun 2000.

Pemain wanita lain yang bertanding dalam kejohanan PDC ini termasuk Anastasia Dobromyslova dari Rusia (2009 dan 2019) dan Lisa Ashton (2019) dari England.

Dart adalah salah satu sukan yang dipertandingkan dalam dewan dan terkenal sebagai sukan yang didominasi kaum lelaki.

Ketangkasan fizikal bukan menjadi kriteria utama dan ini membuka peluang bagi kaum wanita untuk bertanding satu-lawan-satu tanpa mengira gender.

Untuk mengalahkan Evetts, Sherrock berjaya mencatat ‘triple 60’ (180) enam kali, 140 sebanyak 19 kali dan catatan 100 ke atas sebanyak 27 kali.

Sukan berkuda acara ‘showjumping’ juga ditanding secara ‘tiada halangan gender’ di mana penunggang wanita berdepan dengan penunggang lelaki dalam gelanggang yang sama.

Di Amerika, pelumba Danica Patrick berjaya mengatasi kaum Adam apabila memenangi perlumbaan NASCAR Sprint Car Series pada 2013.

Sukan motosikal juga terbuka kepada semua tanpa mengira gender. Ana Carrasco dari Sepanyol muncul pelumba wanita pertama menang satu perlumbaan motosikal kejohanan dunia di Portimao, Portugal.

Dalam sukan kapal layar, perlumbaan kelas Nacra 17 – kapal layar dengan 2 krew – turut dipertanding tanpa mengira gender.



[ad_2]
Source link