Cuaca panas melampau di Arizona, USA telah menyebabkan sekumpulan burung helang yang terbang di udara hampir ‘pitam’ dan melayang jatuh ke tanah.

Suhu panas yang ekstrim itu dilapor mencecah sehingga 120 darjah Celcius, sekaligus menyebabkan 20 kawanan helang tersebut mengalami strok haba.

Pada awalnya, seorang anggota keselamatan melalui kawasan Interstate-17 berhampiran Kem Verde, namun pergerakannya terhenti apabila menyedari ada sesuatu ‘serpihan’ di atas tanah.

Setelah didekati, barulah disedari bahawa ‘serpihan’ tersebut rupanya adalah kawanan burung helang yang sedang tercungap-cungap kepanasan serta kelihatan lemah.

Gambar: Metro

Pasukan penyelamat burung Arizona, Wild at Heart (WAH) berkata, kesemua helang jenis Helang Emas itu menderita kepanasan yang teruk, namun tiada sebarang kecederaan dialami ketika ditemui.

“Dengan 20 kes burung kepanasan ini, hari ini ialah hari paling sibuk kami dalam 2021. Gelombang panas ini benar-benar memberi kesan kepada burung-burung muda,” maklum pasukan tersebut.

Bagaimanapun, semua helang berkenaan didapati berjaya pulih semula dan kembali normal setelah diberi makanan dan cecair Intravenous (IV fluid).

Cuaca ekstrim di Arizona pada bulan ini

Sementara itu, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata, wilayah selatan Arizona kini sedang berada di bawah amaran ‘panas melampau’ sepanjang minggu ini.

Bacaan suhu pula mencatatkan peningkatan ketara sehingga 100 ke 118 darjah Celcius dalam beberapa hari pada bulan ini, sekaligus menyebabkan spesies helang di sana terpaksa meninggalkan sarang dan bermigrasi ke tempat lain.

Namun keadaan yang tidak terkawal mengakibatkan ada kawanan helang yang ‘gagal’ menyelamatkan diri dan terkena strok haba, sebelum lemah dan terjatuh ke tanah.

Sumber: Metro


Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.