[ad_1]

LONDON: Suami kepada Ratu Elizabeth II, Putera Philip dimasukkan ke hospital pada Jumaat sebagai langkah berjaga-jaga untuk menerima rawatan untuk penyakit yang dihidapinya.

Istana Buckingham dalam satu kenyataan berkata Phillip yang berumur 98 tahun dimasukkan ke Hospital King Edward VII London dari rumah keluarganya di Norfolk untuk pemantauan dan mendapatkan rawatan.

Duke of Edinburgh dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga atas nasihat doktor yang merawatnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Phillip telah bersara daripada membuat penampilan awam pada 2017 dan sekali-sekala hadir pada majlis rasmi.

Beliau menghabiskan Krismas pada 2011 di hospital selepas pembedahan untuk merawat arteri yang tersumbat di jantungnya.

Pada 2012, beliau tidak berkesempatan untuk meraikan ulang tahun ke-60 isterinya menaiki takhta disebabkan oleh jangkitan pundi kencing.

Sementara itu, pada tahun lalu, Philip dimasukkan ke hospital selama 10 hari susulan pembedahan bagi penggantian pinggulnya.

Pada Januari lalu pula, beliau terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di mana kenderaan jenis Land Rover miliknya terbalik berdekatan Norfolk tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan.



[ad_2]
Source link