[ad_1]

NILAI: Dua mayat pasangan suami isteri rentung dipercayai dibunuh ditemui dalam sebuah rumah di Taman Desa Melati di sini, jam 9.30, Rabu malam.

Kedua-dua mangsa berusia 60-an itu ditemui oleh sepasukan anggota bomba yang menjalankan operasi memadamkan kebakaran di rumah berkenaan.

Penduduk memberitahu kejadian itu disedari oleh jiran apabila melihat terdapat kepulan asap di rumah mangsa sebelum menghubungi bomba.

Namun bomba yang menjalankan operasi menemui kedua-dua mayat terbabit di dua dengan satu daripadanya mempunyai kesan tikaman sebelum memaklumkan kejadian kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar yang ditemui di lokasi mengesahkan kebakaran berlaku dan akan memberi kenyataan selepas siasatan dilakukan.



[ad_2]
Source link