[ad_1]

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pengarah Kastam serta dua orang pengarah sebuah syarikat pada Sabtu dipercayai berkaitan rasuah melibatkan aktiviti penebangan dan perlombongan haram serta penyeludupan.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, ketiga-tiga suspek ditahan di dua lokasi berasingan dengan bekas pengarah Kastam negeri itu ditahan di pejabat SPRM Kelantan di Kota Bharu manakala dua lagi individu terbabit ditahan di Genting Highlands.

“Saya baru-baru ini mengumumkan bahawa SPRM akan membanteras rasuah yang melibatkan penebangan haram, perlombongan haram dan penyeludupan.

“Sehubungan itu, SPRM telah menahan seorang bekas pengarah Kastam dan dua orang pengarah sebuah syarikat semalam. Bekas pengarah negeri itu ditahan di pejabat SPRM Kelantan manakala dua lagi suspek ditangkap di sebuah hotel di Genting Highlands, sejumlah besar wang tunai juga dirampas semasa tangkapan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Latheefa, berdasarkan permohonan SPRM, Mahkamah Majistret Kota Bharu telah memberikan perintah reman selama lima hari terhadap suspek, pagi ini.

“SPRM juga membekukan akaun suspek tersebut beberapa individu lain dan entiti yang berkaitan dengan kesemuanya melibatkan 20 individu dan empat entiti,” kata Latheefa lagi.



[ad_2]
Source link