[ad_1]

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan dua lagi kes koronavirus pada Selasa, lapor portal berita Channel News Asia.

Kes melibatkan seorang pekerja warga Bangladesh yang merupakan rakan sekerja dengan kes ke-42, yang juga dari Bangladesh.

Manakala seorang lagi ialah warga tempatan yang bekerja di Kasino di Resorts World Sentosa.

Ini menjadikan jumlah kes keseluruhan di Singapura sebanyak 47 kes dengan tujuh pesakit dalam keadaan kritikal.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Koronavirus Angka korban terus meningkat, lebih 1,000 maut

Pada masa sama, pihak Kementerian Kesihatan juga memaklumkan dua lagi pesakit telah pulih dari jangkitan tersebut, menjadikan sembilan pesakit yang pulih sepenuhnya.

Setakat ini, wabak novel koronavirus mencatatkan 43,192 kes di seluruh dunia dengan 1,019 kematian.



[ad_2]
Source link