[ad_1]

ACARA Rich Franklin’s ONE Warrior Series 7 telah berlangsung petang tadi di Singapura yang menyaksikan petarung Muay Thai negara berjaya membawa pulang kemenangan bergaya.

Dalam pertarungan tersebut, Lehe yang membawa nama Malaysia nampak mudah menundukkan lawannya.

Lehe berdepan cabaran dari Bryan Tee, seorang petarung Muay Thai yang berasal dari Singapura.

Dengan serangan siku yang tepat mengena muka lawannya, Lehe berjaya menamatkan pertarungannya seawal pusingan pertama. 

Tee yang tersentak dengan serangan itu terus rebah ke gelanggang pertarungan.

Walaupun berjaya bangun semula, pengadil terpaksa menghentikan pertarungan kerana kecederaan yang dialami Tee.

Ia sekali gus memberikan kemenangan selesa kepada Lehe.



[ad_2]
Source link