SELALUNYA apabila kita melihat gadis yang cantik pastinya sesetengah dari kita akan terfikir hobinya pastinya dikaitkan dengan kegemaran kaum wanita seperti membeli belah dan mencantikkan diri.

Namun hakikatnya bukan begitu bagi pemilik nama Hikma Nursya yang berasal dari Indonesia.

Jika anda melihat wajahnya mesti anda akan fikir dia merupakan seorang Instafamous ataupun selebriti terkenal.

Namun anda silap, pemilik wajah yang cantik ini sebenarnya ialah seorang anggota polis Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Hikma Nursya, 25, telah berkhidmat bersama PBB yang berpengkalan di Bangui, Republik Afrika Tengah sejak bulan Jun 2018.

Istimewanya, Hikma sering berkongsikan gambarnya sedang bertugas buat pengikutnya di laman Instgramnya.

Meskipun kerjayanya satu tugasan yang mencabar, namun kita dapat lihat Hikma tetap menjaga penampilan seperti gadis-gadis yang lain agar nampak sentiasa cantik dan bersedia.

Gambar yang dikongsi oleh Hikma melalui Instagramnya

Kisah ini nampak remeh, namun ia boleh menjadikan penguat semangat buat gadis-gadis di luar sana untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Tidak kisahlah jika ada diantara mereka kata yang anda tidak boleh lakukan, tetapi sebenarnya anda yang tahu kekuatan diri sendiri.

Hikma boleh dijadikan sebagai contoh kepada wanita-wanita diluar sana. - Foto Instagram

Jadi jangan berhenti mencuba!

Buat jejaka di luar sana, ada berani nak cuba pikat gadis seperti Hikma Nursya?





Source link