[ad_1]

SOALAN yang pernah bermain di fikiran sepanjang 12 tahun menjadi wartawan, adakah boleh untuk seorang wartawan menemu bual Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong? 

Sudah pasti bukan saya seorang sahaja yang berfikiran begitu.

Tentulah baginda bukan sembarangan manusia. Orang kebanyakan seperti saya sering memikirkan tentang protokol atau cara yang betul untuk bercakap apabila berhadapan dengan seorang individu bergelar Yang di-Pertuan Agong.

Realitinya, zaman sudah berubah. Semua orang sudah boleh intai apa yang berlaku setiap hari di sebalik pagar istana.

Istana Negara pun sudah ada akaun Instagramnya sendiri.

Mencari ‘Tengku Abdullah’ dalam sosok bergelar YDPA

Kemesraan dan kerendahan hati seorang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga sudah diketahui umum sejak dahulu lagi.

Rakyat jelata yang pernah mendekati baginda dari Pekan sampai ke padang polo pasti bersetuju bahawa baginda seorang People’s King.

Tetapi, kali ini sedikit berbeza buat ‘Raja Rakyat’ ini. Baginda sekarang meniti perjalanan hidup sebagai KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI.

10 Julai 2019. Ini tarikh detik yang mengubah tanggapan herot bahawa institusi Yang di-Pertuan Agong ini sukar didekati dan individu yang bertakhta di singgahsana pula hanyalah eksklusif di sebalik pagar istana.

Buat pertama kali, Yang di-Pertuan Agong memberi limpah perkenan yang sangat istimewa untuk ditemu bual Astro AWANI.

BACA LAPORAN KOMPREHENSIF ISTIADAT PERTABALAN YDP AGONG XVI

Patik ..Patik … Patik … bukan ‘saya’

Sesungguhnya, patik-patik sekalian (bahasa ganti diri untuk ‘kami’) kru Astro AWANI ini muda-muda belaka dan kurang pengalaman. Inilah masa terbaik untuk ‘latihan intensif’ dan juga kata orang putih, learning on the job.

“Ingat, bukan ‘saya’. Sebut patik apabila berbicara dengan Tuanku Agong kita.”

BACA: #AgongKita: Jangan cetus api perselisihan, runtuh keharmonian negara – YDP Agong

Itulah peringatan oleh hampir semua pegawai di DiRaja kepada kami sebelum Tuanku mencemar duli tiba di lokasi penggambaran di salah sebuah annexe di Istana Negara yang tersergam indah di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Antara bahasa istana yang perlu kami belajar dan diharap lekat dalam kepala dengan cepat:

Bahasa percakapan biasa: Anak saya berusia tiga tahun
Bahasa Istana: Pacal didik patik berusia tiga tahun

Bahasa percakapan biasa: Saya mahu ke tandas
Bahasa istana: Patik ingin ke sungai

Bahasa percakapan biasa: Terima kasih
Bahasa istana: Menjunjung kasih

Tetapi, selaku pemain polo yang terkenal sebagai mastermind, baginda melenyapkan darah gemuruh para kru dengan senyuman dan jenaka.

 

‘Humble. Strategist. Gentleman’

Kalau bercakap dengan sahabat-sahabat karib baginda, antara titah yang sering kedengaran daripada baginda adalah mudah; “I want to be a good King (Beta mahu menjadi Raja yang baik)”.

Kehidupan zaman sekarang kurun ke-21 yang dipacu kemajuan teknologi 5G dalam Revolusi Perindustrian 4.0 yang sarat dengan macam-macam, dinamik institusi YDPA dan aspek kepemimpinannya juga pasti bergerak seiring.

Bual bicara dengan Paduka Agong kita membuka ruang untuk saya dan rakan setugas, Cynthia Ng bertanya, ‘apa sebenarnya yang diperlukan untuk menjadi seorang Raja yang baik?’:

BACA: #AgongKita: ‘So sweet’ YDP Agong, Permaisuri saling berpegangan tangan

Seperti mana kehidupan kita seharian, Agong kita juga ada pilihan baginda sendiri apabila diajak memilih sama ada BTS atau Blackpink, Michael Jackson atau Bruno Mars.

Begitulah juga dalam hal perihal makanan kegemaran.

Tambah pula, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang diketahui ramai sebagai seorang yang pandai masak.  

Bual bicara eksklusif ini ada dua bahagian. Ada perbincangan yang sarat soalan serius dan tidak serius. Ikuti platform digital Astro AWANI, www.astroawani.com dan saluran 501 hari ini (30 Julai) pada jam  9 malam.

Daulat Tuanku …!



[ad_2]
Source link