[ad_1]

BRUSSELS: Belgium membuka kembali sesi persekolahan pada Isnin dengan jumlah pelajar yang terhad.

Menurut pihak berkuasa, setiap murid dan pelajar perlu memastikan penjarakan sosial sepenuhnya.

Bagaimanapun, sesi pembelajaran menerusi dalam talian tetap diteruskan.

Di sekolah rendah Les Magnolias di Brussels misalnya,  mempunyai lebih daripada 600 pelajar namun  pada Isnin hanya 24 murid  dibenarkan menghadiri sekolah.

Guru besar, Karima Mellouli memaklumkan,  pengaturan kelas disusun semula untuk memastikan setiap murid mempunyai jarak empat meter persegi dan setiap guru mempunyai jarak lapan meter persegi.

Menurut pakar, adalah penting untuk meneruskan kelas bagi kesejahteraan sosial dan psikologi kanak-kanak.

Pelajar juga hanya akan ke sekolah dua kali seminggu sehingga akhir bulan Jun.



[ad_2]
Source link