Selain menjadi tumpuan kerana makanan yang enak, kebanyakan kedai makan atau restoran juga mempunyai pelbagai tarikan yang membuatkan orang ramai sentiasa berkunjung untuk menjamu selera.

Sama seperti restoran yang tular di Indonesia ini yang mempunyai cara yang sangat unik untuk menarik perhatian pelanggan.

Restoran yang dikenali sebagai Rumah Makan Alami Sayang di Wonogiri itu dilaporkan sering menyapa pelanggannya dengan panggilan “sayang” atau “helo sayang”. Kaedah tersebut membuatkan restoran itu menjadi tular di media sosial.

Malah, ramai pengunjung yang dikatakan merasa gembira ketika berada di dalam restoran itu.

Menurut Suarasurakarta, kini restoran tersebut telah membuka satu lagi cawangan di Kabupaten Ngadirojo.

“Helo sayang, sila masuk. Apa yang awak nak minum sayang?,” kata salah seorang pengurus dan juga pelayan di restoran itu, Asih.

Gambar Via Tribun Solo

Pemilik restoran itu, Sulastri, mencipta inisiatif panggilan sayang selepas mendapat pengalaman ketika merantau ke Kalimantan bersama suaminya.

Ketika di sana, mereka sering membeli sayur dan ketika itu penjual sayur juga selalu memanggil mereka sayang.

“Dari situ, Sulastri mengajak suaminya membuka kedai makan dan menerapkan konsep panggilan sayang kepada pelanggan,” kata Asih yang juga merupakan adik kandung kepada Sulastri.

Difahamkan, respon para pelanggan ketika dipanggil sayang adalah berbeza. Ada yang gembira, senyum, tertawa dan bahkan sehingga membuatkan raut wajah pasangan kekasih kelihatan sensitif. Namun, tidak pernah ada yang marah.

“Memang terkadang kalau pasangan kekasih ke sini, ada sebahagian wanita yang kurang senang. Tetapi kami jelaskan bahawa semua pelanggan kami panggil sayang, tidak kira lah kanak-kanak, remaja, ibu bapa hingga ke datuk dan nenek,” ujar Asih.

Sumber: Suarasurakarta


Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.