[ad_1]

KUALA LUMPUR: Seramai 23.18 juta warga tempatan dan 21.23 juta warga asing telah keluar melalui pintu sempadan darat bagi tempoh 2016 hingga 2019, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018, Siri 3 yang dibentangkan di Parlimen pada Selasa.

Menurut LKAN, bagi kemasukan ke dalam negara pula, seramai 28.43 juta rakyat Malaysia dan 18.39 juta warga asing telah berbuat demikian bagi tempoh sama.

“Semakan audit turut mendapati seramai 3,370 orang tidak dibenarkan masuk atau dikenakan Not To Land (NTL- Notis Penolakan Masuk) di semua pintu masuk sempadan darat Jabatan Imigresen Malaysia iaitu di Perlis, Perak, Kelantan, Kedah dan Sarawak bagi tempoh 2016 sehingga tahun lepas.

“Bagi pintu masuk di utara, Kedah merekodkan NTL paling tinggi sebanyak 1,265 orang iaitu 37.5 peratus disebabkan negeri tersebut merupakan pintu masuk utama negara ini melalui jalan darat,” menurut laporan itu.

Sarawak pula mencatatkan jumlah terkecil dengan hanya 199 orang.

— BERNAMA



[ad_2]
Source link