[ad_1]

TAWAU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah meminta ahli yang membuat pengisytiharan keluar daripada parti itu supaya memberi nama serta nombor keahlian kepada pengurusan untuk proses penamatan keahlian.

Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew berkata setiausaha PKR negeri sudah diarahkan untuk mengeluarkan satu surat berkaitan perkara itu.

“Tolong beritahu nama dan nombor keahlian anda yang keluar, kalau semua sudah lengkap, kemudian kita akan maklumkan kepada PKR Pusat untuk penamatan keahlian,” katanya kepada pemberita di sini selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Batu 2, Jalan Apas.

Menurut Liew, tindakan ahli yang masuk dan keluar parti dan menggunakan alasan hilang kepercayaan kepada pimpinan parti, itu adalah perkara biasa dalam politik.

BACA: Wakil rakyat Sabah ambil sikap tunggu dan lihat – Penganalisis politik

Pada Jumaat lepas, 11 ahli PKR Sabah, yang pernah memegang jawatan di peringkat negeri dan cabang parti itu mengisytiharkan keluar daripada parti dan kumpulan itu yang diketuai Datuk Nani Sakam, yang juga bekas Pengarah Tugas-Tugas Khas PKR Sabah, turut mendakwa ribuan penyokong menyertai mereka keluar daripada PKR.

Pada Sabtu, Timbalan Ketua PKR Cabang Kalabakan Mohd Jailani Chachu mendakwa kira-kira 2,000 ahli cabang itu termasuk ahli jawatankuasanya keluar daripada parti berkenaan.

BACA: AMK PKR Sabah nafi ribuan keluar parti

— BERNAMA



[ad_2]
Source link