[ad_1]

MADRID: Sepanyol mencatatkan satu lagi kes novel koronavirus pada Ahad sekali gus merekodkan kes positif kedua di negara tersebut.

Kes terbaharu itu dilaporkan dikesan di sebuah pusat percutian popular, di Mallorca di laut Mediterranean.

Mangsa, seorang warganegara British itu dipercayai dijangkiti ketika sedang bercuti di sebuah resort ski di Perancis bersama isteri dan dua lagi anak perempuannya.

Bagaimanapun, laporan mendapati bahawa isteri dan dua anak perempuannya itu disahkan negatif.

Susulan itu, pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengenal pasti semua lelaki warga Britain yang dihubungi di Sepanyol.

Untuk rekod, kes pertama koronavirus di Sepanyol melibatkan seorang pelancong Jerman di Kepulauan Canary di barat laut Afrika kira-kira seminggu yang lalu.

BACA: 200 rakyat UK selamat tiba dari Wuhan, China

BACA: Jangkitan novel koronavirus di Jepun 96 orang

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Koronavirus Lebih 800 maut, angka korban atasi kematian SARS



[ad_2]
Source link