[ad_1]

ATLANTA: Ketua Polis Atlanta, Erika Shields meletak jawatan selepas seorang anggota jabatannya menembak mati seorang lelaki kulit hitam, Rayshard Brooks, dalam cubaan menahan mangsa.

Datuk Bandar, Keisa Lance Bottoms berkata, Shields sudah berkhidmat dengan Jabatan Polis Atlanta selama lebih dua dekad.

Jabatan Polis Atlanta turut menyiarkan gambar dua pegawai polis yang terlibat dalam kes tembak tersebut.

Seorang pegawai iaitu Garrett Rolfe dipecat, manakala seorang lagi, Devin Bronsan dipindah tugas sebagai pegawai pentadbiran susulan insiden kontroversi berkenaan.

Pihak berkuasa turut menyiarkan rakaman Brooks, 27 tahun, yang terbaring di jalan di luar restoran Wendy’s di Atlanta, selepas ditembak mati pada Jumaat malam.

Sebelum itu, anggota bertugas menerima aduan tentang seorang lelaki yang tertidur di dalam keretanya dan menyekat laluan masuk ke restoran makanan segera itu.

Biro penyiasatan Georgia juga sudah membuka kertas siasatan kes tersebut.

Insiden berkenaan berlaku ketika Amerika berhadapan siri protes dan rusuhan yang memperjuangkan isu perkauman, berikutan kematian seorang lelaki kulit hitam, George Floyd, pada 25 Mei lalu.


 



[ad_2]
Source link