[ad_1]

KUALA LUMPUR: Semua premis makanan di Kuala Lumpur hanya dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 10 malam.

Arahan ini berkuatkuasa serta merta sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan pada 31 Mac ini, menurut satu kenyataan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Ini membabitkan perkhidmatan pandu lalu, penghantaran dan bawa pulang.

Arahan ini adalah selaras dengan Akta 342, Akta pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Polis 1967 dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 dan tertakluk kepada perubahan arahan terkini dari semasa ke semasa.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik perniagaan yang gagal mematuhi arahan ini.



[ad_2]
Source link