[ad_1]

KUALA LUMPUR: Perincian mengenai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Khamis malam akan didedahkan pada satu sidang media pada esok (Jumaat).

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata semua perbincangan dan persoalan pada mesyuarat MPT di Kelab Rumah Pertubuhan Alumni Universiti Malaya (PAUM) akan diketahui pada sidang media berkenaan.

“Esok (Jumaat) saya akan mengadakan satu sidang media.

“Perbincangan kami sangat panjang dan satu persatu akan saya jelaskan esok, lebih mudah.

“Masa (sidang media) akan dimaklumkan esok,” kata ketika ditemui pemberita di luar PAUM selepas mesyuarat.

BACA: Mesyuarat MPT Bersatu: Empat MPT protes, tinggalkan mesyuarat lebih awal

Terdahulu, Pengerusi Bersatu merangkap Pemangku Pengerusi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba pada 8.25 malam di bagi mempengerusikan mesyuarat.

Beliau dilihat meninggalkan perkarangan PAUM pada sekitar pukul 11.40 malam.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang ditemui juga berkata mesyuarat yang diadakan berlangsung dalam keadaan harmoni dan semua ahli MPT memberikan sokongan kepada Muhyiddin.

Di samping itu, Ahli MPT Datuk Seri Redzuan Md Yusof yang ditemui juga senada dengan Faizal dan berkata mesyuarat tergempar tersebut dibuat secara baik.

“Saya rasa gabungan Perikatan Nasional sangat stabil,” katanya.



[ad_2]
Source link