SELEPAS mengetahui penyanyi kegemarannya, Adele kehilangan berat badan hampir 19 kilogram, pereka fesyen yang sinonim dengan jenama Victoria Secret, Victoria Beckham menghadiahkan pakaian jenama miliknya iaitu Posh kepada penyanyi tersebut.

Menurut laporan media antarabangsa, Victoria, 45, telah lama memendam hasrat untuk melihat penyanyi yang popular dengan lagu Someone Like You itu mengayakan rekaannya.

Sebelum ini dia tidak dapat berbuat demikian kerana saiz terbesar Posh ialah XL.

Victoria memberitahu, meskipun Adele tidak pernah menyatakan saiz pakaiannya namun dia tidak mahu memalukan Adele jika saiz pakaian yang dihantar tidak muat.

Isteri kepada bekas bintang bola sepak, David Beckham ini sangat berkeinginan untuk mendapatkan penyanyi lagu Hello itu memakai rekaannya.

Dalam pada itu, Victoria turut menjadikan Adele sebagai tetamu terpenting Posh.

Dia juga inginkan Adele untuk dapatkan koleksinya secara percuma secepat mungkin kerana dia tahu rekaan Posh adalah terbaik untuknya.





Source link