[ad_1]

PENGACARA popular, Neelofa selamat berlepas ke Jeddah selepas terkandas susulan masalah visanya.

Neelofa menerusi Instagram Story-nya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantunya.

“Alhamdulillah, akhirnya saya dibenarkan berlepas atas bantuan pelbagai pihak, terutamanya kepada Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, pejabat kaunseling Islam yang membantu menguruskan visa saya,” ujarnya.

Pada masa sama, Neelofa turut mengucapakan ribuan terima kasih kepada rakan artis, Zizan Razak dan Perunding Haji Furada (PPHF) kerana membantunya menyelesaikan masalah visa.

“Ramai tak tahu saya antara mereka terkandas atas masalah visa. Terima kasih kepada semua kerana membantu saya mendapatkan visa di saluran yang betul.

“Tapi apapun, kita usahakan yang terbaik namun Allah yang memilih mereka untuk menjadi tetamu-Nya,” ujar selebriti itu.



[ad_2]
Source link