[ad_1]

SHAH ALAM : Terdapat segelintir ahli politk yang sengaja mengambil pendekatan ‘berani mati’ dalam menyampaikan ucapan yang berbaur perkauman.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan tindakan itu sesuatu yang sengaja dilakukan demi kepentingan politik dan juga peribadi.

“Orang politik ini akan sampaikan ucapan yang boleh sakitkan hati kaum-kaum lain untuk dapatkan sokongan daripada sesuatu kaum.

“Isu perkauman ini bermula dari situ (ahli politik) dan mereka sepatutnya tahu cara bagaimana untuk mewujudkan perpaduan, bukan hanya untuk meraih sokongan semata-mata”, katanya ketika program Bual Bicara Minda anjuran Sinar Harian di Kompleks Karangkraf Shah Alam pada Jumaat.

Jelas Musa, isu perkauman ini sememangnya tercetus dalam kalangan ahli politik berkepentingan yang tidak bertanggungjawab dalam memelihara Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa.

Musa Hassan berkata demikian sebagai menjawab soalan moderator Tan Sri Johan Jaafar yang bertanyakan berhubung isu perkauman yang polemik di kalangan masyarakat terutamanya isu hangat baru-baru ini melibatkan penceramah antarabangsa Dr Zakir Naik yang disifatkan membawa unsur perkauman dalam ceramahnya. 



[ad_2]
Source link