[ad_1]

KUCHING: Satu kes positif baharu COVID-19 direkodkan di daerah Bintulu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu di Sarawak sebanyak 557 kes.

Kes positif itu melibatkan seorang pelajar dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Mukah.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kes telah pulang ke rumah di Bintulu sejak Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Mac lalu.

“Kes ini dikesan melalui saringan pelajar IPTA dan IPTS di Sarawak seperti yang diarahkan jawatankuasa,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah kenyataan itu lagi, kes pernah menerima kunjungan saudara-mara semasa perayaan Hari Raya lalu.

Sehubungan itu, pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu sedang mengesan semua kontak rapat kepada kes tersebut selain punca jangkitan masih dalam siasatan.

“Susulan kes baharu itu, daerah Bintulu bertukar status hijau kepada kuning. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus kuning setakat hari ini sebanyak empat buah dan daerah berstatus Hijau sebanyak 36 buah,” katanya.



[ad_2]
Source link