[ad_1]

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan menjalankan ujian saringan secara rawak ke atas pekerja tapak pembinaan di negeri itu.

Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bverkata, ujian saringan secara rawak itu perlu dilakukan sebelum kerajaan negeri memutuskan polisi mewajibkan semua pekerja tapak pembinaan mengambil ujian saringan.

Tegasnya, langkah itu juga susulan beberapa kes positif yang dikesan melibatkan pekerja pembinaan warga asing di Sarawak sejak beberapa hari lalu.

“Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ada meminta kita melihat perkara ini dan memberi fokus kepada tapak pembinaan. Ini Kerana kawasan itu boleh kita kesan COVID-19, denggi dan rabies.

“Kita akan melakukan saringan secara rawak sebelum kita membuat keputusan dan polisi untuk memwajibkan semua pekerja disaring,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan keberkesanan aplikasi COVIDTrace di sebuah pusat beli belah di Kuching pada Ahad.

Tambah Uggah, Abang Johari memandang serius mengenai keselamatan rumah pekerja tapak pembinaan yang dilihat sempit.

“Justeru, beliau (Abang Johari) telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya tampil dengan garis panduan untuk menentukan bahawa rumah pekerja terutama di bawah projek kerajaan dibina dengan mengambil kira penjarakan sosial,” katanya.



[ad_2]
Source link