[ad_1]

KUALA LUMPUR: “Sejak pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad, sehingga hari ini (Khamis), kami telah mendapat hampir 550 tempahan bilik untuk bulan Jun sahaja.”

Data itu dikongsikan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Desaru Development Holdings One Sdn Bhd, Roslina Arbak kepada Astro AWANI pada Khamis.

Menurutnya, meskipun ramai tertarik kerana pakej menarik dan promosi ditawarkan hotel, pihaknya sentiasa memastikan aspek keselamatan dan kesihatan diberi fokus utama dalam, berdepan ancaman pandemik COVID-19.

“Yang paling penting adalah tahap keyakinan, membina keyakinan kepada pelancong itu sangat penting. Contohnya, saya ada keluarga, kawan-kawan saya juga ada keluarga.

BACA: NORMAL BAHARU: Memperkasa sektor pelancongan domestik

“Kalau nak buat keputusan bercuti, ia bukan sekadar pada harga tapi kita juga akan fikirkan keselamatan keluarga. Kalau boleh kita nak hotel yang kita tuju itu patuhi SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan.

“Saya fikir membina keyakinan itu sangat penting malah lebih penting, bukan sekadar harga sahaja,” katanya kepada Astro AWANI.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Desaru Development Holdings One Sdn Bhd, Roslina Arbak

Tambahnya, pihak hotel juga menggalakkan kempen pengamalan jarak sosial kerana dengan keluasan pantai sepanjang 17 kilometer, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan tetap mempraktikkan penjarakan sosial.

Situasi hampir sama turut berlaku melibatkan hotel di bawah Lexis Hotel Group di mana pihaknya menerima ratusan pertanyaan dalam sehari dari rakyat Malaysia sebaik rentas negeri dibenarkan.

Pengurus Kanan Komunikasi, Lexis Hotel Group, Nabil Jamil berkata, keunikan hotel tersebut yang menawarkan kolam renang peribadi dalam bilik mungkin menyebabkan ramai berminat untuk menginap di hotel mereka.

BACA: Melancong ketika fasa normal baharu? Ini perubahan yang anda boleh jangkakan

“Kita dapat banyak soalan daripada pelanggan baik dari media sosial, emel. Mereka bertanya tentang promosi kami. Dari segi tempahan bilik, kita masih terima secara perlahan-lahan dan kita harap ramai lagi akan datang buat tempahan selepas ini.

Pengurus Kanan Komunikasi, Lexis Hotel Group, Nabil Jamil

“Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, setiap kolam renang di hotel tidak dibenarkan untuk dibuka. Untuk Lexis, kita ada kolam peribadi dalam bilik.

“Itu yang membuatkan ramai tertarik dan berminat untuk datang ke sini lagi apatah lagi diumumkan rentas negeri dibenarkan, lagi ramai yang cuba datang untuk menetap di sini,” katanya kepada Astro AWANI.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad mengumukakan perjalanan rentas negeri telah dibenarkan selepas ia dilarang bermula 18 Mac lalu ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA: Akhirnya! Aktiviti rentas negeri dibenarkan, boleh balik kampung mulai 10 Jun

BACA: PKPP: Enam perkara perlu dipertimbangkan semasa rentas negeri

Berita baik itu disambut gembira rakyat yang mula merancang untuk pulang ke kampung malah ada yang merancang untuk bercuti juga.



[ad_2]
Source link