[ad_1]

KUALA LUMPUR: Atas sambutan yang menggalakkan, tayangan filem dokumentari ‘M For Malaysia’ dilanjutkan sehingga 18 September ini.

Filem arahan Ineza Roussille itu pada awalnya ditayangkan bermula 12 September sehingga 15 September lalu.

Biarpun hanya ditayangkan di 37 buah pawagam seluruh negara, M For Malaysia’ mencatatkan kutipan membanggakan apabila berjaya berada dalam senarai top 10 GSC.
M For Malaysia’ menceritakan tentang pembentukan kerajaan yang tidak dijangka dan ia merupakan julung kali selepas 60 tahun, Barisan Nasional berjaya ditumpaskan. Ia menerima sambutan menggalakkan di pelbagai lokasi antarabangsa selepas tayangan perdananya di CAAMFest di San Francisco, DocEdge di New Zealand dan Festival Filem Antarabangsa Busan iaitu festival filem terbesar Asia pada Oktober ini.



[ad_2]
Source link