[ad_1]

KUALA LUMPUR: “Salah satu sebab saya masuk politik adalah kerana Tan Sri,”

Itulah luahan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyatakan bahawa dia mula menyertai politik kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Syed Saddiq memuat naik gambar yang diambil pada tahun 2015 itu di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Melalui entri tersebut, Syed Saddiq turut menyatakan bahawa beliau pernah dibuang kerja, malah keluarganya diugut kerana menunjukkan sokongannya kepada Muhyiddin pada ketika itu.

“Saya tidak menyesal kerana saya tahu hati saya berada di tempat yang betul,” katanya menerusi kapsyen di Instagram.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Muar itu yang menganggap Muhyiddin sebagai figura seorang bapa, turut melihat minggu ini merupakan tempoh yang sangat sukar kerana diminta menubuhkan sebuah kerajaan bersama dengan pemimpin politik yang dilawan dahulu kerana isu rasuah dan salah guna kuasa.

“Tan Sri, ayah saya, mungkin tidak rasa bersalah, tetapi saya tidak sanggup. Orang sama yang meninggalkan Tan Sri, buang Tan Sri, tikam Tan Sri dari belakang sekarang diangkat bersama dalam kerajaan,” katanya lagi.

Syed Saddiq turut menyatakan bahawa dia berasa bangga ada pemimpin seperti Muhyiddin namun memohon maaf kerana tidak dapat bersama untuk berada di pihak Muhyiddin.

Beliau juga menyatakan akan terus berusaha dan berdoa supaya prinsip perjuangan mereka akan dijunjung melebihi kepentingan politik.



[ad_2]
Source link