[ad_1]

LONDON: Saintis United Kingdom (UK) mendakwa berjaya temui ubat yang dipercayai mampu meningkatkan survival pesakit COVID-19.

Dexamethasone, steroid murah dan mudah diperoleh, dipercayai mampu mengurangkan kadar kematian dalam kalangan pesakit.

Penemuan itu dumumkan pada Selasa.

Kerajaan UK membenarkan penggunaan ubat berkenaan di seluruh negara.

“Ubat ini mengurangkan risiko kematian kepada satu pertiga daripada mereka yang bergantung kepada mesin, alat bantuan pernafasan, dan mereka yang bergantung kepada bekalan oksigen.

“Ini memberikan impak besar kepada pesakit.”

Sejumlah 2,104  pesakit diberikan ubat berkenaan dalam kajian yang diketuai University Oxford.



[ad_2]
Source link