[ad_1]

KUMAGAYA: Rusia mengalami kekalahan kedua dalam kempen Piala Dunia Ragbi 2019 selepas dibelasah Samoa 9-34 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Ragbi Kumagaya, Jepun.

Selepas tewas dalam perlawanan pembukaan bertemu Jepun pada Jumaat lalu, Rusia yang menduduki ranking ke-20 dunia terpaksa akur dengan permainan bertenaga Samoa.

Separuh masa pertama, Rusia mendahului 6-5 dengan dua penalti oleh Yury Kushnarev pada minit ke 18 dan 25.

Bagaimanapun apabila wisel separuh masa kedua ditiupkan, Samoa mula mendapat ‘try’ keduanya sebelum minit ke-44 menjadikan kedudukan 10-6.

Berdepan dengan asakan bertali arus, Manu Samoa berjaya mencipta lima try sehingga wisel penamat ditiupkan.

Tusi Pisi menyumbang 4 mata menerusi ‘conversion’ yang diperolehi pasukan ranking ke-16 dunia itu.

Yury Kushnarev yang menyempurnakan sepakan dua penalti sekali lagi menyumbang tiga mata buat bears menerusi ‘drop goal’.

Akhir perlawanan menyaksikan Samoa menang besar setelah membelasah Rusia bertalu-talu dalam perlawanan itu.



[ad_2]
Source link