[ad_1]

MOSCOW: Rusia hari ini mengesahkan dua kes pertama jangkitan novel koronavirus di negara itu.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Perdana Menterinya, Tatyana Golikova yang turut memaklumkan bahawa kedua-dua pesakit terbabit merupakan warga China dan kini sedang dikuarantin.

“Perkhidmatan Rospotrebnadzor di Persekutuan Rusia mengesahkan dua pesakit dengan jangkitan koronavirus di Wilayah Trans-Baikal dan Wilayah Tyumen.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kecemasan peringkat antarabangsa

“Mereka kini ditempatkan di bawah pengawasan ketat dan sedang menerima rawatan. Kedua-duanya warga China,” katanya.

Dalam pada itu, Golikova turut mengumumkan kerajaan itu merancang untuk membawa pulang semua warganya dari China.



[ad_2]
Source link