[ad_1]

KUALA LUMPUR: Perbicaraan hari pertama kes rasuah melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor terpaksa ditangguhkan kerana isteri bekas Perdana Menteri itu tidak hadir ke mahkamah atas alasan tidak sihat.

Perbicaraan akan bermula pada hari Rabu ini pada pukul 10 pagi.

Datuk Seri Jagjit Singh yang mewakili Rosmah memaklumkan kepada Hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa anak guamnya tidak dapat hadir untuk perbicaraan ini.

“Tertuduh tidak sihat. Kami telah serahkan salinan laporan kesihatan bertarikh 2 Februari kepada Yang Arif,” katanya.

Rosmah berdepan tiga tuduhan rasuah berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Beliau berdepan tiga pertuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta, menerima RM1.5 juta dan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM5 juta daripada Jepak Holdings Sdn Bhd, sebagai upah membantu syarikat mendapatkan projek berkenaan.


BACA: Projek solar: Rosmah kekal pengakuan tidak bersalah



[ad_2]
Source link