[ad_1]

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak tiga sen kepada RM2.62 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 17 Jan ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.32 dan RM2.46 seliter.

“Ini menunjukkan penurunan daripada minggu lepas bagi harga runcit petrol RON95 yang berada di paras RM2.35 seliter, manakala kenaikan bagi diesel yang berada pada paras RM2.43 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk itu dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menangguhkan Program Subsidi Petrol (PSP),” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 11 Jan sehingga 17 Jan berjumlah RM122.85 juta.

— BERNAMA



[ad_2]
Source link