KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik 13 sen kepada RM2.70 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan pada Jumaat berkata, harga runcit produk petroleum itu adalah bagi tempoh 16 hingga 22 November ini.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.40 seliter dan RM2.25 seliter masing-masing.

“Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.27 seliter, manakala penurunan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.28 seliter.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan pada Jumaat berkata, harga runcit produk petroleum itu adalah bagi tempoh 16 hingga 22 November ini.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan tersebut, dengan pengekalan harga runcit bagi RON95 dan juga diesel, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 16 November sehingga 22 November 2019 adalah berjumlah RM120.58 juta.





Source link