[ad_1]

KUCHING: Teka teki mengenai rombakan Kabinet Sarawak akhirnya terjawab apabila Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilantik menjawat jawatan Menteri Kewangan II menggantikan Datuk Seri Wong Soon Koh yang melepaskan jawatannya Julai lalu.

Ia diumumkan sendiri oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia.

Selain Uggah, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan juga memegang portfolio baharu iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Industri dan Pembangunan Usahawan.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin, Datuk Lee Kim Shin pula dilantik sebagai menteri penuh iaiatu memegang portfolio Menteri Pengangkutan Sarawak.

Kim Shin sebelum ini menjawat jawatan Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak.

[BERITA LANJUT MENYUSUL]



[ad_2]
Source link