[ad_1]

BELURAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 Beluran merampas rokok seludup dianggarkan bernilai lebih RM150,000 semasa operasi dijalankan di Pusat Pemeriksaan Jalan (PPJ) dekat Sapi Nangoh.

Pegawai Pemerintah Batalion 20 Beluran, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 petang Selasa, suspek yang berusia 26 dan 30 tahun itu ditahan di PPJ bersama 15,380 bungkus rokok seludup.

Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah van dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu.

“Kedua-dua suspek ditahan dan rokok serta van dirampas.

“Nilai rampasan semuanya dianggarkan lebih RM215,000 sebelum cukai,” katanya ketika dihubungi, pada Rabu.

Menurutnya, kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.



[ad_2]
Source link