[ad_1]

TUARAN: Menjadikan alasan lama tidak melakukan hubungan seks, seorang lelaki di Tamparuli, Tuaran tergamak merogol nenek berusia 72 tahun,

Dalam kejadian jam 12 tengah malam pada 7 Disember lalu, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-anย  dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah tidak bernombor.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa hanya berseorangan di rumah dan tiada saksi yang melihat insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian tersebut.

“Menurut keterangan pengadu, semasa kejadian itu mangsa terjaga daripada tidurnya.

“Tiba-tiba mangsa melihat suspek sudah berada di hadapannya sambil menunjukkan tangan ke arahnya supaya jangan menjerit sambil berkata kepada pengadu supaya memberi peluang kepadanya untuk melakukan seks kerana sudah lama tidak melakukannya,” katanya.

Mengulas lanjut, berdasarkan siasatan awal, pengadu mendakwa dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana berasa takut dan masih tekejut dengan kejadian itu.

“Susulan kejadian berkenaan, pengadu kemudiannya membuat laporan polis, semalam.

“Polis masih menyiasat perkara ini dan suspek kini diburu.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil segera bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.



[ad_2]
Source link