[ad_1]

ROMANIA: Sebuah kapal yang membawa hampir 15,000 ekor kambing biri-biri karam di Laut Hitam Pantai Romania pada Ahad.

Kapal kargo yang dikenali sebagai Queen Hind itu terbalik tidak lama selepas meninggalkan Pelabuhan Midia, dalam perjalanan menuju ke Arab Saudi.

Ketika kejadian, ia membawa sebanyak 14,600 ekor kambing hidup.

Pihak berkuasa veterinar kebangsaan Romania berkata, hanya 33 ekor haiwan itu berjaya diselamatkan.

Baki selebihnya yang terperangkap di dalam kapal tersebut dikhuatiri mati.

Bagaimanapun, kesemua kru kapal berkenaan selamat

Romania merupakan rumah kepada 10 juta kambing dengan penternakan haiwan itu yang merupakan tulang belakang kepada ekonomi kawasan luar bandar negara berkenaan.

Insiden itu mencetus kritikan daripada kumpulan hak asasi haiwan yang mendakwa ia merupakan salah satu bentuk penganiayaan haiwan.



[ad_2]
Source link