[ad_1]

TAIPING: Seorang remaja perempuan dan teman lelakinya ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki dibunuh di Taman Glenview di Kamunting di sini semalam.

Perintah tahanan reman ke atas remaja perempuan berusia 14 tahun dan teman lelakinya berusia 15 tahun dikeluarkan oleh Penolang Kanan Pendaftar, Nurul Hidayah Ismail di Mahkamah Majistret Taiping di sini hari ini.

Mereka ditahan pada Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pada pukul 12.18 tengah hari semalam, mayat mangsa yang dibalut plastik ditemukan dengan kesan kelar di leher dan kedua-dua pergelangan tangan di belakang sebuah rumah kosong yang terletak bersebelahan rumahnya.

BACA: Adik bunuh abang, bungkus dalam plastik

Mereka ditahan pada Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Foto Astro AWANI
Mayat pelajar tingkatan empat itu dijumpai bapanya setelah dua hari dia dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas ke sekolah Jumaat lalu.

Siasatan polis kemudiannya telah membawa kepada penangkapan kedua-dua suspek di mana seorang daripadanya adalah adik perempuan mangsa serta teman lelaki yang mengaku telah membunuh mangsa.

Difahamkan, kejadian itu berlaku gara-gara pergaduhan yang dikatakan berpunca daripada telefon bimbit antara mangsa dan kedua-dua suspek.  - Foto Sinar Harian

Difahamkan, kejadian itu berlaku gara-gara pergaduhan yang dikatakan berpunca daripada telefon bimbit antara mangsa dan kedua-dua suspek.



[ad_2]
Source link