[ad_1]

KEMAMAN: Seorang remaja maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terlanggar seekor kerbau.

Nahas berlaku di Kilometer 123 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Kampung Padang Kubu, Kemaman pada kira-kira jam 2 pagi Jumaat. 

Kemalangan itu menyebabkan mangsa Zulkhairilzam Zamzuri, 20 tahun, maut di lokasi kejadian, manakala rakannya, Akif Irfan Mohd Ridzwan, 16 tahun, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketika kejadian, dua sahabat yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC dari Jabor sedang menghala ke Jerangau.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan tidak sempat mengelak lalu merempuh seekor kerbau yang melintas jalan.

Ekoran itu, kedua-dua mangsa juga dilaporkan tercampak ke atas jalan raya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Mohd Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat manakala rakannya turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



[ad_2]
Source link