KUANTAN: Jenazah Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Farid, 16 tahun, yang meninggal dunia selepas terlanggar tiang ketika bermain papan selaju di Townsville, Queensland, Australia akan dikebumikan di Kuantan, Pahang.

Datuk saudara Mohammad Farhan, Azahari Hassan, 47 tahun, ketika ditemui di kediamannya di Kubang Buaya, Kuantan berkata, jenazah cucu saudaranya itu kini berada di hospital di Queensland untuk dibedah siasat.

Katanya, pemergian arwah merupakan kehilangan berganda buat keluarga mereka kerana, sebulan lalu mereka baru sahaja kehilangan datuk Mohammad Farhan, Mohd Arif Abdullah Russell Machen, 63 tahun, yang meninggal dunia pada awal November lalu.

“Ambil saya jam 6 petang,” menurut Mohd Arif, itulah kata-kata terakhir Mohammad Farhan.

Mangsa tiba di Australia bersama ibu saudaranya Farhanatul Nadia bersama-sama adiknya dan dua orang sepupunya pada 21 Disember lalu.

Mereka ke Australia untuk bercuti sambil meluangkan masa di rumah ibu Mohammad Farhan, Fhurzanatul Natasha Mohd Sazali, 32 tahun, yang bermastautin di sana sejak beberapa tahun lalu.

BACA: Remaja Malaysia maut semasa bermain papan luncur di Australia

BACA: Wisma Putra bantu bawa pulang remaja maut bermain papan luncur di Australia

BACA: Remaja maut papan selaju: Keluarga masih tunggu bantuan Wisma Putra

“Lepas makan tengah hari dalam pukul 2 lebih macam tu, dia berjumpa kawan-kawan dia yang lama.

“Lepas tu (mangsa) main ‘skateboard’ di satu kawasan cerun, dan ‘skateboard’ pergi terlaju laju sehingga dia terlanggar tiang dan terkena dada dan terus meninggal dunia di situ,” katanya.

“Mula-mula ingat nak kebumi di sana tetapi kos nak kebumi di sana terlalu tinggi, lebih tinggi dari bawa balik jadi lebih baik bawa balik dan kebumi di sini,” katanya lagi.

Menyingkap peribadi Mohammad Farhan, Azahari menyifatkan remaja itu sebagai anak yang sangat disenangi dan penyejuk mata keluarga kerana kebaikannya dan gemar membantu.

Dia juga mempunyai sikap suka menawarkan diri untuk membantu orang lain dan tidak pernah meninggikan suara.

Arwah menetap di Kuantan bersama adik, nenek, datuk saudara, emak saudara serta dua sepupu dan merupakan cucu saudara pertama Azahari daripada 25 orang.

Sementara itu kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra bersedia membantu menguruskan dan membawa pulang jenazah  Mohammad Farhan Fudhail.

Namun kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, keputusan untuk membawa pulang jenazah atau mengembumikan di Australia adalah bergantung kepada keluarga atau waris.





Source link