Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Labu terkenal dengan rasanya yang manis dan berlemak. Antara menu terkenal yang dimasak menggunakan labu ialah sayur lemak labu, pengat labu, lepat labu, bingka labu dan bermacam lagi. Sama ada dijadikan sayur atau kuih muih, rasanya tetap enak.

Tetapi anda pernah dengar buah labu ini boleh dijadikan kerepek yang rangup? Memang jarang orang buat kerana selalunya kita biasa makan kerepek pisang, kerepek ubi dan banyak lagi.

Perkongsian resipi kerepak labu oleh Nomie Harun di Group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN), boleh dibuat sendiri di rumah untuk dijadikan kudapan seisi keluarga. Hanya menrg

Saja hari ini saya cuba buat kerepek labu. Sedap rupanya. Lemak-lemak manis rasanya walau tak letak garam. Saya edit balik sebab ramai nak tau cara buat.

Gambar: Facebook Nomie Harun

KEREPEK LABU

BAHAN-BAHAN:

– Labu

– Minyak masak

CARA-CARA:

1. Potong labu ikut ira lekok labu.

2. Buang biji

3. Kupas kulit agak-agak kulit tu jangan tebal, agak-agak masih ada warna hijau kat labu tu.

4. Guna penyagat dan sagat nipis-nipis.

Gambar: Facebook Nomie Harun

5. Siap sagat, basuh dan tos. Tak perlu rendam air garam. Basuh begitu je.

7. Lapik tisu dapur kat atas talam. Pastu letak labu yang di tos tadi tu dalam talam dan jemur. Jemur agak-agak kering. Setengah jam ke sejam gitu. Bergantung cuaca. Sebab jemur nak bagi kerepek ni rangup.

Gambar: Facebook Nomie Harun

8. Siap jemur, goreng dengan api yang sederhana.

9. Agak kekuningan boleh angkat dan sejukkan.

10. Dah sejuk letak dalam balang.. Siap

SELAMAT MENCUBA. Maaf ye kalau agak tonggang langgang ayat saya bagi resepi ini.

Keenakkan kerepek labu ini boleh dirasai apabila kerangupan dan lemak manisnya terasa dalam satu suapan. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nomie Harun via Masak Apa Hari Ni (MAHN)


Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.