[ad_1]

DUNGUN: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ‘Raja Muda’ sebuah ‘Kerajaan Jin’ ditahan reman selama empat belas hari bermula hari ini. 

Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) daerah Dungun mendapatkan perintah reman terhadap suspek yang berusia 34 tahun itu di Mahkamah Majistret Dungun, di sini.

Majistret Hazwanie Hussain Bustari membenarkan reman terhadap suspek bermula Rabu bagi siasatan lanjut. 

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 31 Akta Penagihan Dadah 1983.

Suspek seterusnya akan dibawa ke Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Besut untuk tindakan lanjut.

Pada Selasa seorang lelaki yang mendakwa ditabalkan sebagai ‘Raja Muda’ oleh ‘Kerajaan Jin’ diberkas. 

Penahanan itu juga adalah kali ketiga dilakukan terhadap pemuda berkenaan. 

Suspek ditahan kira-kira jam 3.30 petang di sebuah surau di kawasan Hutan Simpan Bukit Bauk, Dungun. 

Hasil ujian air kencing terhadap suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamine.



[ad_2]
Source link