RAJA Kasino Macau, Stanley Ho, disahkan meninggal dunia pada usia 98 tahun di sebuah hospital di Hong Kong sekitar jam 1 tengah hari waktu tempatan pada Selasa.

Perkara itu disahkan sendiri oleh anak perempuannya, Angela Ho yang menyifatkan pemergian mendiang bapanya dalam keadaan tenang iaitu sewaktu sedang tidur.

“Dengan berat hati, kami mengumumkan bahawa ayah kami, Dr Stanley Ho, meninggal dunia dalam keadaan tenang pada jam 1 tengah hari Selasa dalam tidurnya.

“Mendiang kelihatan selesa dan kami semua berada di sampingnya ketika itu. Semasa mendiang meninggal dunia kami berdiri bersama dalam penuh rasa kesedihan dan rasa hormat terhadap pencapaian lagenda.

“Termasuklah apa yang telah mendiang lakukan dalam hidupnya untuk Hong Kong dan Macau selama ini,” ujarnya.

Dilahirkan di Hong Kong, Ho yang mempunyai empat isteri dan 17 anak terpaksa menstruktur semula empayar perniagaannya berikutan pertikaian undang-undang dalam kalangan keluarga mengenai hartanya pada 2012.

Bagaimanapun, kematiannya tidak dijangka memberi kesan besar terhadap operasi harian empayar perjudian dan perniagaannya.




Source link