[ad_1]

ARIZONA: Seorang bekas guru dijatuhi hukuman penjara 20 tahun selepas didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan salah seorang pelajarnya berusia 13 tahun di Arizona, Amerika Syarikat.

Hukuman minima yang dikenakan ke atas Brittany Zamora itu mendapat liputan luas media tempatan dan antarabangsa.

Sebelum ini, melalui pengakuan Brittany yang dilaporkan New York Post pada Jumaat, wanita berusia 28 tahun itu mengakui dirinya merupakan seorang yang baik dan menyesal atas apa yang telah berlaku.

“Saya hidup dalam suasana yang baik dan cuba untuk mematuhi setiap hukuman. Saya bukanlah ancaman bagi masyarakat,” ujarnya.

Brittany turut meminta maaf kepada keluarga mangsa dan bersedia untuk menjalani kaunseling selain berharap dapat mengutip pengalaman positif selama di penjara.

BACA: Guru wanita dituduh goda, rogol murid bawah umur dalam bilik darjah

Sementara itu, ibu bapa mangsa melaporkan perbuatan Bittany dan anaknya selepas mereka memantau kegiatannya melalui sebuah aplikasi sekolah.

Zamora menitiskan air mata sejurus hukuman dijatuhkan oleh hakim. - Foto AP

Brittany yang merupakan bekas guru di Las Brias Academy ditahan pada Mac tahun lalu setelah ibu bapa mangsa menemukan mesej tidak senonoh mereka berdua.

Dalam keterangan mahkamah, Brittany dilaporkan pertama kali berkenalan dengan muridnya itu melalui aplikasi pendidikan dan mereka bertemu di luar sekolah.

Pada satu ketika, Brittany disebut meminta teman mangsa, seorang pelajar berusia 11 tahun untuk mengawasi dari luar kelas sementara mereka berhubungan seks.

Tidak hanya itu, dia juga beberapa kali mengirim foto bogel selain pelajar itu turut menulis surat cinta kepada gurunya.

Menurut keterangan mahkamah, kedua-dua individu itu dilaporkan mula menjalin hubungan seks sejak 1 Februari hingga 8 Mac 2018.



[ad_2]
Source link