[ad_1]

GEORGE TOWN: Kepelbagaian warisan, budaya, kaum dan bangsa serta agama di Pulau Pinang menjadikan negeri itu unik dan ia perlu dikekalkan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah keunikan yang ada di Pulau Mutiara itu berjaya menarik kunjungan dari negara luar ke negeri itu.

Al- Sultan Abdullah bertitah, baginda sendiri kagum dengan pembangunan yang dinikmati oleh rakyat Pulau Pinang baik dari segi insfrastruktur dan juga ekonomi.

Justeru, baginda menzahirkan harapannya untuk melihat Pulau Pinang terus membangun dan menjadi sebuah negeri yang dikenali di seluruh dunia.

“Harapan saya untuk melihat Pulau Pinang sentiasa  dimajukan dan yang penting rakyat Pulau Pinang harus kekal bersatu kerana Pulau Pinang negeri yang dkenali ramai di dunia tentang sejarah kecantikan keharmonian dan masyarakat berbilang kaum, harus positif dan bukan sebaliknya,” titah baginda pada Majlis Santapan Bersama Rakyat berbilang kaum di George Town malam tadi.

Turut berangkat sama, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Seri Paduka berdua diiringi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan isteri Tan Lean Kee serta pegawai kanan pentadbiran negeri.

Pada majlis santapan itu, Seri Paduka berdua turut dipersembahkan dengan tarian kebudayaan, nyanyian dan persembahan pentas oleh Harith Iskander.

Baginda juga sempat beramah mesra dan bersalaman dengan tetamu yang hadir.



[ad_2]
Source link